Pengalaman Pakai Braces di Klinik Pergigian Dr Faiz Dental Surgery, Putatan, Sabah!

Assalamualaikum W.B.T semua!!

Entry kali ni saya mau share mengenai proses pemasangan braces saya pada tahun ini, 2023. Setelah melewati beberapa carian pakar ortodontik di Sabah, akhirnya pilihan yang terbaik adalah di Klinik Pergigian Dr. Faiz Dental Surgery, Putatan, Sabah, Malaysia. Sebab apa? harga berpatutan, servis yang terbaik dan lokasi yang strategik. Tiga perkara ini kamu kena buat research betul-betul ok, sebab kamu kena tahu sama ada harga selari dengan bajet dan kemampuan. Review servis Klinik macam mana? Lokasi dengan tempat tinggal dekat atau tidak? sebab kena dekat dengan klinik ya sebab setiap bulan kita kena check-up dan kalau ada apa-apa emergency pun senang sikit.

Kebetulan pula, Dr.Faiz mengadakan promosi pemasangan bagi braces jenis conventional bracket with zero deposit. Hanya bayaran bulanan sahaja iaitu RM200! As a customer point of view, yes saya ambil peluang tu. Tapi promosi ni valid untuk conventional bracket sahaja tau, self ligating bracket dan clear self ligating bracket adalah tidak termasuk di dalam promosi zero deposit. Promosi ni harga bulanan RM200 ya, tapi kalau ada additional service macam gigi kamu ada problem dan perlu tampal/cabut/scaling so itu bayaran tambahan la. 

Source: Dr Faiz Dental Surgery Putatan
saya ambil yang conventional bracket ya! Setakat March 2023, masih promosi!


Step pertama untuk pakai braces, kena contact admin Dr. Faiz, sama ada by walk-in atau Whatsapp. Saya contact melalui whatsapp sahaja, saya bagitahu mau pakai braces & admin akan guide kamu step permulaan. So to cut the long story short, inilah step-step yang saya harungi setakat ini. Oh! Anyway, ada juga saya pernah baca review sebelum ni, servis pekerja Dr.Faiz teruk & tidak friendly. Tapi sekarang saya pergi hari tu, OK sahajeee so don't worry. Good service! ;)

Appointment Pertama : Consultation, Molding & X-Ray (19/02/2023)
Saya book appointment pertama, dan appointment pertama ni quite nervous la sebab saya berurusan sendiri. hmmm saya sudah besar hahaha! 

Back to the topic, appointment pertama ni kamu boleh request sama ada mau terus scaling & tampal atau just buat 3 things tu sahaja: consult, molding & xray. So saya req buat sekali dengan scaling & tampal. Why kena scaling tampal pulekk?? Sebab sebelum pakai braces dr akan pastikan gigi tiada sebarang masalah dan bersih. so ada 5 benda yang saya buat semasa temujanji pertama :-



Consult

1. Consult - Dr akan check sama ada gigi memerlukan untuk pakai braces atau tidak dan dr akan bagitahu perlu tampalan/scaling atau tidak. Fyi, gigi saya tidak rata atas dan bawah, berlapis bahagian kanan atas, dan gigi bawah tidak rata.


Molding

2. Mold - molding ni adalah rangka gigi, dr akan buat rangka gigi untuk rujukan dorang, proses molding ni sangat interesting. Dr akan masukkan something macam ubat gigi, dan 'ubat gigi' tu akan mengeras dan membentuk rangka gigi. No worries process ni tidak sakit dan mold tu rasa mango rasa macam mau telan ja haha. Proses ni kamu kena bertenang aja dan buka mulut besar-besar!! :O


X-ray
3. X-Ray - first of all, saya suggest jgn pakai rantai or ada apa2 besi di bahagian muka ok. saya suggest tudung sarung saja so tiada apa2 pin. sebab dorang suruh kamu buka semua rantai2 atau besi2 nanti semasa xray. Xray ni the most interesting part for me. sebab dia suruh letak muka dlm satu machine and then gigit something yg connected to the machine. so machine tu akan pusing2 around kepala mu. me so kebaruan!

**additional request : saya request sekali scaling dan tampal in my 1st appointment session


Scaling
4. Scaling - Bersih gigi, since kebetulan 1st appointment saya tu genap 6 bulan since my last scaling. so scaling lah engkau. best boleh tidur, tapi kena tahan mata sebab takut tcekik liur hahahaha. sakit tidak, basah2 sikit d tudung, cuma bagi sesetangah orang akan rasa ngilu sikit ya


Tampalan
5. Tampal - Bagi saya, saya cuma kena tampal satu gigi graham atas sahaja. tidak sakit.

Utk appointment pertama prosesnya setakat ini sahaja. total bayaran 1st appointment saya adalah Rm234.00 and speaking of the next appointment! Untuk 2nd appointment pula, adalah pemasangan braces. second appointment saya adalah pada 13/03/2023. 

Appointment Kedua : Pemasangan Braces (13/03/2023)

At first kamu akan kena suruh baca satu surat agreement & sign, lepas sign kamu direct kena bayar RM200.00 dan pilih warna getah braces. Around 5 minute, kena panggil dan terus pasang braces!  Tempoh pemasangan braces unexpectedly nda lama juga, around 1 hour sahaja. saya expect dalam 2 jam. After sudah pasang, the dental assistant akan explain cara penjagaan dan tools yg kena ada. saya suggest kamu beli la terus set berus gigi yang ada kena jual di klinik dr faiz, lengkap semua siap ada wax. Wax ni satu benda yg cover besi kalau kamu ada ulser, so wax ni akn cover besi dari begesel di kulit pipi dalam tu. Fyi, wax sangat susah mau cari ya and cepat habis. Also please beli floss oral b named Super Floss Oral-B, sangat senang floss untuk si pemakai braces! Tiada bayaran tambahan sebab saya pakai braces sahaja tiada proses lain, so memang total RM200 saja sy bayar :)

Haa ni kaler getah braces di Klinik Dr. Faiz Putatan, cute kan. Saya pilih warna hijau petronas,
katanya warna tu buat gigi nampak putih. Katanya~


Ni rupa super floss tu k! Di watson ada jual ya, sangat emudahkan urusan floss kita 

Cuma, ada satu perkara yang ralat saya rasa lah, saya menyesal nda melantak sebelum tibanya hari untuk pakai braces sbb after ada braces kan saya jadi takut mau makan benda yang complicated, tapi sebenarnya bolehnya makan cuma as a newbie ni kan sangatt rasa takut bracket tcabut haha. and yes boleh ja makan macam biasa sebenarnya, cuma kena carik kecil-kecil then ngap! so makanan "fav" selepas saya pakai braces memang makanan yang senang di kunyah. lepas pasang tu saya kelaparan, menapau lah di KFC zinger burger & mashed potato besar. Besar harapan aku pada zinger burger tu last-last nda juga temakan hahaha. So first 5 days memang saya makan soft food ja, meal saya the first week is bubur, mashed potato, mihun, maggi ambuyat, burnt cheese cake. semua yang senang kunyah. kadang mihun tu sy kunyah 2 kali terus talan, skill2 kena ada la gais hahahha. sedih kan? lagi kalau kamu jenis kuat makan macam aku memang terasa teringin macam-macam benda tp nda boleh makan haaa melantak la dulu k sebelum pasang.

Oh! Tahap kesakitan?? 2/10. Alhamdulillah, langsung nda sakit cuma ngilu ja and gigi terasa ketat tapi still bearable. It depends on the person itself juga. Tapi ada saya pernah baca, first month memang nda sakit sbb doktor guna wayar yang lembut utk kasi biasa diri dulu. will see how utk next month!

Anyway, aku macam ada rasa a bit weird sikitlah. There is no interaction between me with the doctor, sebab saya expect dia akan brief saya lah mengenai pemasangan ni. sebab bracket saya kedudukan dia kebawah bukan di tengah gigi. A bit curious kenapa bawah sangat and belaga pula gigi bawah dengan bracket atas. So I was expecting for their explaination lah. Saya research sendiri di group braces malaysia di facebook. ada juga kes macam aku, bracket braces kedudukannya ke bawah bukan tengah gigi ni  sebabnya mau naik kan gigi. Plus gambal xray yang kena ambil dulu tu pun tiada kena tunjuk, somehow macam curious ba juga kan. Manatau ada emas dalam gusi saya. tiberrr

Ini saja small expectation saya dari servis klinik yang saya pegi ni lah. Atau saya yang kena tanya??? Kali kan??? Hmm maybe? Ok next appointment nanti maybe saya try tanya-tanya lah. So, overall okay jaa, sangat best dental assistant baik, admin pun baik, surrounding best, lagu korea memenuhi setiap sudut klinik tersebut ya, tv pun pasang k-drama. Korean vibee. Doktor stedi ja siap nyanyi2 sambil pasang, kita pula yang dup dup sudah jantung tu hahahaha

So itu sahaja yang saya boleh share okay. For next appointment kalau ada perkara yang perlu saya share saya buat entri baru ya! sebab after pakai punya appointment dr just check progress and tukar getah sahaja. Thanks for reading semoga sedikit sebanyak saya dapat membantu bagi gambaran sikit untuk kamu, what to do and what to expect hehe semoga memberi manfaat! :) 

Sorry tiada gambar saya pakai, ada saya selpi2 tapi biarlah saya ja nampak hihihihih pemalu ba saya awwhhh padahal gigi kuning, tlampau kau minum kopi kan nahhhh ahahha lagi pun it looks weird juga la at first tbh, sebab gigi nda rata pastu ada pula bracket comel di gigi so memang nampak serabut sikit at first la, maybe nanti kalau sudah rata sikit nanti saya update heeee



Comments

  1. Halo sis, apa suda update progress gigi sis skrg? Sbb sa baru pasang braces d tmpt yg sama juga. Dr dia pun tdk byk ckp🤣

    ReplyDelete
  2. hai sis any updatee??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman dan persiapan belajar di Semenanjung sebagai Sabahan!

Tutorial memohon dermasiswa Pusat Zakat Negeri Sabah