Pengalaman dan persiapan belajar di Semenanjung sebagai Sabahan!

Assalamualaikum W.B.T

Saya percaya kamu berminat entri ni sebab kamu ada keinginan belajar kan. Tahniah sebab ada keinginan untuk menimba ilmu! Ilmu bukan hanya sekadar apa tahap tertinggi pendidikan yang kita ada, tapi macam mana kita apply dan menghargai ilmu tu dalam kehidupan kita yang sangat penting.

Back to the main topic..

Saya merupakan pelajar yang merantau jauh untuk sambung belajar, saya merantau ke Melaka pada tahun 2018 sehingga 2022 untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Islam Melaka atau kini di kenali sebagai Universiti Melaka dan menamatkan latihan industri iaitu semester akhir saya pada September 2022. Alhamdulillah, sekarang saya sudah 2 bulan masuk di alam pekerjaan yang serba baru dan mencabar.

Banyak pengalaman terbaik sepanjang saya merantau di semenanjung, saya di kelilingi dengan kawan-kawan yang sangat baik dan mengambil berat. Di kelilingi pensyarah yang sempoi, thanks to Kolej Universiti Islam Melaka/Universiti Melaka!

Tapi selain pengalaman terbaik, apa pula pengalaman yang bertentangan? Kebanyakkannya adalah perbezaan budaya ja. Contoh pertama, saya merupakan penggemar makanan "Wan Tan Ho" di Sabah. Wan Tan Ho ni basically kuey teow basah lah tapi kuah dia pekat nda pekat, hah susah di explain sebab sedap sangat.

Long story short, the first 2 month saya di Semenanjung saya tercari-cari mana wan tan ho? Satu hari tu saya dan kawan-kawan makan di Cafe asrama. Sampai semua makanan, tiba lah makanan kawan saya satu orang ni sampai di meja. Mata aku terus bersinar, bentuk dan presentation piring seakan-akan wan tan ho yang dirindu sekian lama. Finally saya baru tau, disana wan tan ho di gelar sebagai Kuey Teow Ladna atau Kuey Teow Kungfu. Walaupun rasa dia nda sama, tapi still boleh mengubat rindu! So terjawablah penantian 2 bulan, semua gara-gara makanan. huh!

So far, saya cuma berpeluang berada di Kolej setahun lebih sahaja atas sebab Pandemik Covid-19 yang menimpa dunia ketika itu. Apa yang boleh saya simpulkan hargai momen yang ada, sebab sambung belajar ni paling lama pun 4 tahun ja. 4 tahun tu awalnya memang rasa lama, tapi percayalah masa tu bergerak sangat pantas.

Apa pula persiapan yang saya boleh saya kongsi kan? Sebagai pelajar, dulu saya buat list sebelum saya buat keputusan untuk merantau jauh dari keluarga. Ini list dari saya, mungkin kamu boleh buat rujukan juga. 

- Biasiswa/Bantuan/Inisiatif Kerajaan untuk pelajar Sabah : Agak penting untuk kita buat research mengenai bantuan-bantuan atau inisiatif kerajaan untuk membantu pelajar yang merantau. Sebab kita boleh rancang perbelanjaan kita nanti. Bagi saya, saya penerima Dermasiswa dari Pusat Zakat Sabah. Dermasiswa ni terbuka untuk semua pelajar Sabah yang menuntut atau mengambil kos di dalam bidang agama atau universiti berasaskan islam. Macam saya, kos pengajian saya adalah pengurusan perniagaan tapi Universiti saya adalah berasaskan islam. So walaupun kos saya bukan kos islam menyeluruh, tapi setiap sem kami akan ada satu subjek islam yang berkaitan dengan perniagaan sebab Uni saya adalah berasaskan islam, Kolej Universiti Islam Melaka. So untuk yang berkenaan, kamu boleh apply di website zakat sabah. Cara apply dermasiswa nanti saya cerita di entri baru ya! 

- Kos makan minum, kos tiket penerbangan : Ini tertakluk untuk individu yang tidak menerima sebarang bantuan pendidikan. Kamu kena fikir mengenai kemampuan, sebagai pelajar sudah semestinya masih dibawah tanggungan ibu bapa walaupun kita buat part-time or side income. Still kita masih memerlukan bantuan kewangan dari ibu bapa. Sebelum melanjutkan pelajaran di Semenanjung, make sure, ibu bapa kita mampu kah untuk bagi belanja bulanan? Kos tiket penerbangan balik semasa cuti sem? Macam saya, cuti pertengahan semester saya tidak balik Sabah sebab saya stay di semenanjung ja untuk satu minggu. Biasanya cuti pertengahan semester sekejap sahaja, cuma cuti semester yang makan berbulan. Kalau Universiti saya, cuti pertengahana semester selama seminggu dan cuti semester adalah selama 1-2 bulan. So mengenai kos, kena fikir adakah kehidupan kita mampu? I am not downgrading anyone ya, I am so sorry kalau explaination saya agak menyentuh sensitiviti. Tetapi, kos adalah sangat-sangat penting untuk kita rancang. 

- Saudara mara : Just incase ada kecemasan atau pertolongan. Siapa saudara terdekat yang kita boleh minta tolong. Tapi usually perkara ni tidak jadi masalah sbb kebanyakan Universiti menganjurkan program keluarga angkat. Cuma Universiti yang saya duduki, apa yang saya tahu, tidak menganjurkan sebarang program keluarga angkat.

- Persediaan mental : Secara peribadi, persediaan mental amat penting. Sebab kita akan deal dengan banyak perbezaan, bukan setakat perbezaan budaya, pelbagai ragam manusia pun kita akan jumpa. Tapi, macam mana penerimaan kita untuk deal dengan perbezaan tu lah is the question mark. Bagi saya, mental yang suka akan perbezaan, meraikan perbezaan dan menghargai perbezaan adalah satu kunci untuk kita survive di satu tempat yang bukan kebiasaan kita. Kata mudahnya, macam mana tahap penerimaan kita? Kalau kamu jenis yang susah terima perbezaan, please fix. Sebab once kita excited explore benda baru dan menerima perbezaan semakin kita enjoy hidup di tempat orang. Dalam masa yang sama masih mengingati dimana tempat asal kita! Boleh bah kalau kau.

- Kos : PENTING! Please pilih course yang kamu minat ya. sebab kalau kita buat apa kita minat inshaAllah kamu enjoy masa kamu belajar nanti walaupun stress still tekanan yang tidak membebankan kamu. 

- Niat : Perbaiki niat dan inshaAllah Allah permudahkan segala urusan kamu sepanjang tempoh pembelajara. Saya suka ambil kisah Ahmad Ammar untuk memotivasikan diri saya sebagai seorang pelajar. Boleh baca serba sedikit mengenai kisah Ahmad Ammar yang syahid ketika menuntut ilmu. Jadikan setiap langkah kita menuntut ilmu bermakna dengan meletakkan niat sepenuhnya terhadap Allah SWT.

Saya rasa itu sahaja yang boleh saya kongsi mengenai pengalaman dan persiapan. Pengalaman dan persiapan ini adalah tertakluk dengan Universiti yang saya duduki! Universiti saya bukan lah Universiti Awam melalui permohonan sistem UPU, mungkin inisiatif yang disediakan untuk Universiti Awam berbeza dengan Universiti Swasta/Kerajaan Negeri. Kolej Universiti Islam Melaka adalah universiti dibawah kerajaan negeri Melaka. Saya doakan yang terbaik untuk kamu yang bercita-cita untuk penyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi. Teruskan berusaha dan doa pasti Allah permudahkan urusan kalian. Semoga maju jaya!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Pakai Braces di Klinik Pergigian Dr Faiz Dental Surgery, Putatan, Sabah!

Tutorial memohon dermasiswa Pusat Zakat Negeri Sabah