Tutorial memohon dermasiswa Pusat Zakat Negeri Sabah

Halu guys! seperti yang dijanjikan entri kali ni saya akan share mengenai bagaimana cara memohon bantuan pendidikan buat pelajar Sabah yang belajar di Universiti semenanjung. 

Permohonan ni hanya boleh dilakukan oleh pelajar yang belajar dimana-mana Universiti berasaskan Islam atau mengambil kos berasaskan agama. Macam saya, saya belajar di Kolej Universiti Islam Melaka dan mengambil kos pengajian pentadbiran perniagaan. Sudah pasti kos saya tidak ada kaitan dengan agama. Tetapi, Kolej Universiti Islam Melaka adalah berasaskan agama, secara automatiknya kos-kos yang ada di situ akan ada basic subjek agama yang berkaitan. Sebagai contoh, setiap sem saya ada belajar mengenai fiqh, perniagaan islam, bahasa arab sebab Universiti saya berasaskan agama. Sama juga dengan kos lain di Uni saya, kos kaunseling, kos psikologi, akan ada subjek asas agama setiap sem. Faham kan? hehe

Buat pelajar matrikulasi pulak memang tidak dapat memohon ya. Sebab Matriks tidak termasuk di dalam senarai Universiti terpilih untuk dermasiswa ni. 

Disini saya senaraikan lah kolej/universiti yang ada di dalam list permohonan. so kalau uni kamu ada dalam list, Alhamdulillah kamu boleh memohon! :)

-Institut Agama Islam Darullughah Wadda'Wah (Indonesia)

-Institusi Dakwah Islamiah Perkim

- Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

-Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak

-Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya/Kent/Kota Bharu

-Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah

-Institut Profesional Baitulmal

-Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

-Kolej Antarabangsa Inovatif

-Kolej Dar Al-Hikmah

-Kolej Islam Antarabangsa

-Kolej Islam Antarabangsa Sultan Islam Petra

-Kolej Islam As-Sofa

-Kolej Jaiputra

-Kolej Pengajian Islam Johor

-Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah

-Kolej Tahfiz Selangor Darul Ehsan

-Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)

-Kolej Teknologi Darul Naim

-Kolej Universiti Insaniah

-Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

-Kolej Universiti Islam Melaka/Universiti Melaka (KUIM/UNIMEL) -kolej admin yang tercinta!

-Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

-Kolej Universiti Islam Perlis

-Kolej Universiti islam Zulkifli Muhammad

-Kolej Universiti Teknologi Islam

-Maahad Qiraat AL-Azhar, Shoubra

-Mu'tah University Jordan

-Politeknik Nilai

-Sidma College

-The World Islamic Sciences & Education Universiti Jordan

-UIN Sunan Gunung Djati Bandunh

-UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta

-Unifield International College

-Universitas Darussalam Gontor

-Universitas Islam Negeri Al-Raniry Banda Aceh

-Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

-Universitas islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi

-Universiti Al-Bayt Jordan

-Universiti AL-Azhar Mesir

-Universiti Antarabangsa AL-Madinah

-Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah

-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

-Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

-Universiti Islam Malaysia

-Universiti Kebangsaan Malaysia

-Universiti Kuala Lumpur

-Universiti malaya - nilampuri

-Universiti Malaya - PKBA

-Universiti Malaya Kuala Lumpur

-Universiti Malaysia Kelantan

-Universiti Malaysia Sabah

-Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan

-Universiti Malaysia Sarawak

-Universiti Mansoura Mesir

-Universiti pendidikan sultan idris

-Universiti sains Islam Malaysia

-Universiti Selangor

-Universiti Sultan Azlan Shah

-Universiti Sultan Zainal Abidin

-Universiti teknologi Malaysia

-Universiti teknologi MARA/kampus puncak alam/kampus samarahan/negerisembilan

-Universiti tenaga nasional - UNITEN

-Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

-Universiti Utara Malaysia

-Universiti Yamouk Jardon

-University College Sabah Foundation

-University of London

Berikut merupakan list universiti yang boleh memohon setakat Disember 2022 ni ya! 

Macam mana memohon pula? kamu pergi website Zakat Sabah appszakat.sabah.gov.my

1. Appszakat.sabah.gov.my

2. Mohon bantuan pendidikan

3. Sign up utk register acc, kalau sudah pernah register log in ja terus

4. Mohon Bantuan (dermasiswa)

5. Isi Maklumat

6. Hantar dokumen yang diperlukan ke email dermasiswa

So dua perkara penting, mohon di website dan hantar dokumen sokongan di email dorang okay!

Apa bentuk bantuan yang dermasiswa bagi? Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM7,300.00 secara lump sum. Wah! banyak kan? Tapi RM7,300.00 ni adalah perbelanjaan kita untuk setahun semasa belajar, memang cukup untuk setahun. so jangan boros dan berfoya-foya pula! 

Tapi setiap tahun, kamu kena buat permohonan lanjutan okay, permohonan lanjutan adalah untuk kamu terus dapat bantuan dermasiswa ni, contoh tahun pertama kamu apply bulan Julai, tahun hadapannya kamu apply bulan Julai juga biar genap setahun okay! Cara mohon lanjutan :

1. Pergi portal Zakat Sabah

2. Mohon lanjutan

3. Kemaskini maklumat

4. Pendidikan & Dermasiswa

5. Dermasiswa

6. Isi maklumat dan hantar

7. Email pihak dermasiswa (dermasiswa.zakatsabah@gmail.com) surat pengesahan belajar (dapat dari fakulti/universiti) dan keputusan semester terkini kamu.

permohonan lanjutan akan diproses dalam tempoh 14 hari rasanya. sama juga mcm tadi.. perkara penting adalah mohon di website dan email dokumen sokongan di email dermasiswa.

So saya rasa itu sahaja dari saya setakat ni, ada persoalan boleh drop komen di bawah inshaAllah saya balas. Semoga entri kali ni memberi manfaat buat kamu. All the best for your studies!

Sahaja Aku Belajar Kerana Allah SWT :)



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Pakai Braces di Klinik Pergigian Dr Faiz Dental Surgery, Putatan, Sabah!

Pengalaman dan persiapan belajar di Semenanjung sebagai Sabahan!