Posts

Pengalaman Pakai Braces di Klinik Pergigian Dr Faiz Dental Surgery, Putatan, Sabah!

Image
Assalamualaikum W.B.T semua!! Entry kali ni saya mau share mengenai proses pemasangan braces saya pada tahun ini, 2023. Setelah melewati beberapa carian pakar ortodontik di Sabah, akhirnya pilihan yang terbaik adalah di Klinik Pergigian Dr. Faiz Dental Surgery, Putatan, Sabah, Malaysia. Sebab apa? harga berpatutan, servis yang terbaik dan lokasi yang strategik. Tiga perkara ini kamu kena buat research betul-betul ok, sebab kamu kena tahu sama ada harga selari dengan bajet dan kemampuan. Review servis Klinik macam mana? Lokasi dengan tempat tinggal dekat atau tidak? sebab kena dekat dengan klinik ya sebab setiap bulan kita kena check-up dan kalau ada apa-apa emergency pun senang sikit. Kebetulan pula, Dr.Faiz mengadakan promosi pemasangan bagi braces jenis conventional bracket with zero deposit. Hanya bayaran bulanan sahaja iaitu RM200! As a customer point of view, yes saya ambil peluang tu. Tapi promosi ni valid untuk conventional bracket sahaja tau, self ligating bracket dan clear sel...

Tutorial memohon dermasiswa Pusat Zakat Negeri Sabah

Halu guys! seperti yang dijanjikan entri kali ni saya akan share mengenai bagaimana cara memohon bantuan pendidikan buat pelajar Sabah yang belajar di Universiti semenanjung.  Permohonan ni hanya boleh dilakukan oleh pelajar yang belajar dimana-mana Universiti berasaskan Islam atau mengambil kos berasaskan agama. Macam saya, saya belajar di Kolej Universiti Islam Melaka dan mengambil kos pengajian pentadbiran perniagaan. Sudah pasti kos saya tidak ada kaitan dengan agama. Tetapi, Kolej Universiti Islam Melaka adalah berasaskan agama, secara automatiknya kos-kos yang ada di situ akan ada basic subjek agama yang berkaitan. Sebagai contoh, setiap sem saya ada belajar mengenai fiqh, perniagaan islam, bahasa arab sebab Universiti saya berasaskan agama. Sama juga dengan kos lain di Uni saya, kos kaunseling, kos psikologi, akan ada subjek asas agama setiap sem. Faham kan? hehe Buat pelajar matrikulasi pulak memang tidak dapat memohon ya. Sebab Matriks tidak termasuk di dalam senarai Univ...

Pengalaman dan persiapan belajar di Semenanjung sebagai Sabahan!

Assalamualaikum W.B.T Saya percaya kamu berminat entri ni sebab kamu ada keinginan belajar kan. Tahniah sebab ada keinginan untuk menimba ilmu! Ilmu bukan hanya sekadar apa tahap tertinggi pendidikan yang kita ada, tapi macam mana kita apply dan menghargai ilmu tu dalam kehidupan kita yang sangat penting. Back to the main topic.. Saya merupakan pelajar yang merantau jauh untuk sambung belajar, saya merantau ke Melaka pada tahun 2018 sehingga 2022 untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Islam Melaka atau kini di kenali sebagai Universiti Melaka dan menamatkan latihan industri iaitu semester akhir saya pada September 2022. Alhamdulillah, sekarang saya sudah 2 bulan masuk di alam pekerjaan yang serba baru dan mencabar. Banyak pengalaman terbaik sepanjang saya merantau di semenanjung, saya di kelilingi dengan kawan-kawan yang sangat baik dan mengambil berat. Di kelilingi pensyarah yang sempoi, thanks to Kolej Universiti Islam Melaka/Universiti Melaka...